Isnin, 19 Ogos 2013

Kenapa air mineral lebih mahal dari air minuman?


       Pasti ramai orang di luar sana tidak dapat membezakan antara air minuman (drinking water) dengan air mineral (mineral water). Yang pasti, ramai akan membeli air minuman kerana harganya lebih murah. Ini kerana mereka tidak tahu apa itu air minuman dan apa itu air mineral? Oleh sebab itu, mereka akan lebih tertarik dengan perbezaan harga antara air minuman dan air mineral.







       Tetapi, kepada sesiapapun yang minum air minuman dan air mineral, pasti akan dapat membezakan rasa air tersebut kerana air minuman akan berasa payau sedikit dan berbeza rasa mengikut jenama air tersebut. Apa yang yang terkandung sebenarnya di dalam air minuman dan air mineral dan mengapa terdapat perbezaan? Jadi sila baca penjelasan di bawah.








Air Minuman (Air Suling)

Air minuman bersa sedikit kelat dan payau. Penutupnya pula selalunya berwarna putih sahaja. Jika anda membeli air yang berpenutup putih ini, pastikan di label pada botol air tertulis 'air minuman' atau 'drinking water'. Kebiasaannya, air minuman ini dijual dengan harga yang lebih murah dari air mineral.

   Proses pembuatan air minuman ini pula bermula dari air paip yang disuling. Semasa proses penyulingan, beberapa mineral ditambah ke dalam air minuman tersebut. Setelah proses pembersihan air, mkandunga mineral dan bahan kimia yang ditambah berkurang. Oleh sebab itu, rasa air minuman ini sedikit berlainan.

Air Mineral

Kebanyakkan air mineral yang dijual, rasanya lebih menyegarkan dan baik untuk kesihatan. Dan kebiasaanya, air mineral berpenutup berwarna biru. Ingat, pastikan tertulis air mineral di label botol walaupun berpenutup biru. Lazimnya, harga air mineral lebih mahal sedikit berbanding air minuman.
   
   Berbaloi juga menghabiskan sedikit wang bagi membeli air mineral kerana air mineral lebih bersih dan berkualiti berbanding air minuman. Mengapa? Prose pembuatan air mineral adalah dengan mengepam air mineral semula jadi dari bawah tanah dan melaluli beberapa proses penyulingan dan pembersihan kemudiannya barulah di botolkan. 

Jadi, terserahlah kepada diri masing-masing bagi membuat pilihan la nohh..

Sabtu, 17 Ogos 2013

Proton Suprima S Hatchback



Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd. (Proton) telah melancarkan kereta model terbaru, Proton Suprima S yang disifatkan sebagai kereta bertaraf global.
Harga jualan atas jalan bagi varian Suprima S Eksekutif diumumkan RM 76,338 manakala varian Premium pula pada harga RM 79,988 untuk Semenanjung Malaysia.
Kereta model baru itu telah dilancarkan oleh Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pusat Konvensyen dan Pameran, Matrade di sini hari ini.
Hari ini, pihak Proton secara rasminya telah pun melancarkan kereta terbaru mereka, dinamakan sebagai Proton Suprima S. Seperti biasa, ia menyertakan beberapa peralatan dan aksesori bersama-sama dengannya, dan salah satunya adalah sistem infotainment berasaskan Android.
Melaluinya, ia menawarkan skrin LCD sebesar 7-inci yang mana digunakan untuk memainkan DVD, selain mana turut dilengkapi dengan sokongan navigasi GPS bersama-sama dengannya.
Proton Suprima S - Infotainment
Ia dikatakan sistem tersebut turut didatangkan dengan sokongan WiFi, membolehkan pengguna menghubungkan telefon pintar atau hotspot dan menggunakannya dalam kereta. Namun, untuk sebab-sebab keselamatan, pemain DVD dan juga pelayaran berasaskan WiFi dikatakan hanya boleh diakses ketika menggunakan handbrake sahaja.

Kami belum berpeluang melihatnya lagi, sekaligus tidak begitu pasti akan berkenaan sistem navigasi GPS yang disertakan bersama-sama Proton Suprima S ini.

Jumaat, 16 Ogos 2013

Tindakan Yang Perlu Dilakukan Bagi Mengurangkan Stress


Cara Menghilangkan Stress


Di sini saya akan memberitahu bagaimana cara-cara bagi menghilangkan stress. Pertama sekali, apa itu stress? Stress adalah tekanan perasaan yang di alami oleh seseorang individu itu yang di akibatkan oleh permasalahan yang berlaku dalam persekitaran individu tersebut. Contohnya, masalah di tempat kerja, rumah, dengan rakan-rakan dan sebagainya.

   Baiklah, tanpa bercerita panjang lagi saya akan sertakan beberapa kaedah untuk menangani stress.


  1. Menyanyi - memang sudah terbukti bahawasanya menyanyi akan dapat mengurangkan stress. Lagi kuat nyanyian lagi kuranglah tekanan yang di alami. Tidak perlu suara yang merdu atau lirik yang betul, hanya luahkan persaan yang terpendam di dalam diri sepuas-puasnya.
  2. Berehat & tenangkan fikiran - cubalah beristighfarlah (for muslim only) dan berfikir positif. Ambil cuti dan rehatkan minda, lagi bagus jika dapat bercuti ke tempat-tempat yang menenangkan jiwa seperti pantai dan tempat yang aman dan sunyi.
  3. Ketawa - ketawa juga dapat menghilangkan stress. Bacalah artikel-artikel yang kelakar dan mencuit hati, secara automatiknya kita akan ketawa apabila terbaca bahan bacaan yang lucu.
  4. Pemakanan - makan dan minum dari sumber yang halal dan bersih. Banyakan meminum air masak atau mineral. Amalkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  5. Tenangkan diri - tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan. Ulang beberapa kali sehingga jiwa berasa tenang.
  6. Beraktiviti - penuhkan jadual seharian dengan aktiviti-aktiviti yang boleh melupakan masalah seperti berjogging, berbasikal, mengemas rumah, dan lain-lain lagi.
Amalkan lah dan InsyAllah dengan melakukan perkara demikian akan dapat mengurangkan stress dan tekanan perasaan sekaligus akan menimbulkan perasaan gembira dan ceria dalam hati kita.

7 Petua Mudah Untuk Kurus Tanpa Ubat



7 Petua Mudah Kempiskan Perut & Kuruskan Badan Tanpa Ubat! Mudah ke nak kempiskan perut? Ada ke cara dan petua untuk kuruskan badan tanpa makan ubat? Maklumlah, macam-macam ubat kurus badan yang ada di pasaran sekarang sampaikan ada antara kita yang berhabis ratusan mungkin ribuan ringgit untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing lagi menawan macam zaman anak dara atau bujang dulu. Kata orang, kalau nak selesaikan masalah, kenalah tahu apa punca masalah. Jom pakat baca 7 petua mudah untuk kita kempiskan perut dan kuruskan badan tanpa perlu makan ubat. Apa 7 Petua Mudah Untuk Kuruskan Badan dan Kempiskan Perut?
  1. Minum air masak banyak-banyak. Berapa banyak nak minum? Satu lori tangki? Ada yang kata 8 gelas sehari ataupun paling tidak 2 liter sehari. Banyakkan minum air mineral atau air kosong dan kurangkan minum air manis. Cubalah tengok warna urin anda. Kalau jernih/’slightly’ kuning, oklah tu. Kalau kuning sangat, sila-silalah minum air kosong nohh! InshaaAllah minum air kosong juga boleh sebabkan kita rasa kenyang dan kurangkan nafsu makan. Better try it!
  1. Kualiti senaman. Tak perlu kita nak beli macam-macam mesin. Kalau ada duit, belilah. Kalau tak, cukup kita berjoging pusing taman perumahan. Jangan malu. Bukan mereka yang nak kuruskan badan. Senaman ringkas-ringkas pun cukuplah. Yang penting, kita tahu jenis senaman (kena tanya mereka yang pakar). Lagi elok kita bersenam setiap hari. Biar kita rasa seronok bila bersenam.
  1. Tukar snek. Kurangkan makan kek dan coklat sebagai snek utama kita. Ganti dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pandai-pandailah anda ubahsuai buah dan sayur untuk jadi lebih menarik untuk dimakan. Buah apa? Amalkan makan buah epal, betik, belimbing sebelum anda makan makanan utama.
  1. Ubah cara kita makan. Maksudnya makan perlahan-lahan. Kunyah makanan sampai benar-benar hancur luluh. Mudahkan kerja perut kita untuk hadam. Sebab tu Nabi pesan suruh kunyah 40 kali. Ada hikmahnya kita ikut sunnah Nabi. Kalau makan cepat-cepat, udara boleh terkepung dalam usus. Tu yang jadikan perut kita “buncit angin”.
  1. Tingkatkan dan kekalkan motivasiMinda yang aktif dan positif penting untuk kita berjaya kuruskan badan & kempiskan perut. Bacalah pengalaman mereka yang berjaya turunkan berat badan. InshaaAllah kita akan lebih bersemangat untuk bersenam dan ikut jadual pemakanan yang teratur. Kalau orang lain boleh kurus, kenapa tidak kita?
  1. Kurangkan garam. Banyak makan garam memang banyak mendatangkan masalah pada badan kita. Darah tinggi tu pun satu! Banyak makan garam akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan tubuh dan boleh lambatkan proses air nak keluar dari sel badan.
  1. Bakar lemak dengan betul. Senaman joging atau main badminton boleh membakar lemak. Jadi elakkan minum air milo dan 100plus. Nanti dah tak berapa berkesan senaman kita tadi.

Untuk tak mengecewakan diri sendiri, petua untuk kuruskan badan dan kempiskan perut ni hanya akan berjaya jika kita disiplin dan kuat iman menahan godaan pelbagai jenis makanan yang super enak dan masyuk yang ada di sekitar kita. Ingat, apa jua jenis petua dan cara, disiplin tetap nombor satu untuk kita berjaya.
7 petua yang anda boleh cuba untuk kempiskan perut dan dapatkan badan yang lebih kurus berbanding sekarang;

Sultan Muhammad Al-Fateh



Biografi

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthaniyyah pada 29 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404-1451) ibunya Huma Hatun anak perempuan Abdullah dari Hum. Muhammad al-Fateh merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik, dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W. "Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera".

Jasa dan sumbangan

Rencana utama : Kejatuhan Constantinople

Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangan yang dikatakan mendahului pada zaman dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq. Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fateh telah dibina bersebelahan makamnya. Diceritakan bahwa para tentera Sultan Muhammad Al-Fateh tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat rawatib sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al-Fateh sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat meninggal dunia.

Selasa, 13 Ogos 2013

Bagaimana Cara Untuk Menyelengara Kereta

Bagaimana Cara Untuk Menyelenggara Kereta


Penyelenggaraan kereta


Jika anda membeli kereta baru, sudah pasti pengedar kereta tesebut akan memberi anda sebuah buku yang menyatakan bila kereta anda patut diservis (panduan pengeluar). Jika panduan pengeluar tersebut tidak ada, secara amnya kereta perlu servis di mana-mana pusat servis daripada 6,000 kepada 10,000 km atau setahun sekali jika di bawah jarak tersebut.

Kepentingan penyelenggaraan kereta

Kepentingan menyelenggara sesebuah kenderaan terutamanya kereta adalah untuk memanjangkan jangka hayat kenderaan anda. Jika penyelenggaraan tidak dilakukan, akan mengakibatkan jangka hayat kenderaan anda semakin pendek. INGAT!! Jika tidak menyelenggara kenderaan juga akan mengakibatkan nyawa anda semakin pendek dengan insiden-insiden yang diakibatkan oleh tidak menyelenggara kenderaan.

Selain itu juga, anda boleh jimat hampir 50%!! dengan menyelenggara kenderaan anda sendiri. 

Penyelenggaraan kereta adalah:




  • periksa tahap minyak

  • tahap penyejuk enjin (air coolant)

  • tahap air basuhan cermin depan (whiper)

  • tahap cecair brek hidraulik


  • tekanan tayar dan kerosakan tayar seperti luka dan perut buncit. Kedalaman bunga tayar hendaklah sekurang-kurangnya 1.6mm sekitar lilitan keseluruhan pusat 3/4 keluasan tayar. Semak untuk penanda keselamatan.


  • petunjuk, brek, belakang dan kepala lampu










Senarai peralatan untuk servis


Untuk perkhidmatan kereta anda, senarai semak perkhidmatan kereta perlu disusun. Senarai semak servis selalunya boleh ditemui di manual perkhidmatan kereta anda atau dokumen.

Jika maklumat ini tidak boleh didapati menggunakan perkhidmatan kereta senarai semak alat di bawah:



Senarai bahagian yang diservis:




Penukaran Minyak Enjin



Mari kita mulakan dengan penukaran minyak enjin. Minyak enjin haruslah panas sebelum dibuang kerana minyak yang panas lebih cair berbanding minyak sejuk (pekat). Panaskan enjin selama 15 minit atau lebih sebelum tukar minyak enjin. Pastikan anda menukar minyak di atas permukaan yang rata bagi mengelakkan minyak bertakung. Jack kereta dan letak gandar berdiri untuk keselamatan. Buka penutup minyak di bahagian atas enjin. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan vakum semasa pembuangan minyak, menyebabkan tidak semua minyak yang dikeluarkan. Letakkan takung minyak di bawah plug pembuangan minyak dan longkang. Minyak enjin boleh menjadi sangat panas jadi buka dengan berhati-hati.

Penapis minyak


Pusingkan pembuka penapis lawan jam bagi membuka penapis. Penapis mungkin masih mempunyai banyak minyak didalamnya, berhati-hati supaya tidak menumpahkan minyak. Pastikan tempat duduk penapis pada enjin bersih. Kemudian pasang penapis minyak baru dan perlahan-lahan mengetatkan dengan pembuka penapis minyak. Pastikan tidak terlebih mengetatkan kerana boleh merosakkan thread.

Sambung penukaran minyak enjin


Pembuangan minyak ini boleh mengambil masa beberapa minit untuk habis keluar. Apabila enjin mengalir sepenuhnya, menggantikan drain plug menggunakan drain plug baru dan mengisi semula enjin dengan minyak baru. Ia adalah penting untuk mengisi semula enjin dengan minyak perlahan-lahan membuat pemeriksaan berkala enjin tahap penunjuk minyak pada batang celup kereta itu. Setelah tahap minyak adalah sedikit di bawah penanda maksimum pada mencelup stik itu, tutup penutup minyak bahagian atas enjin hidupkan dan menjalankan enjin anda selama kira-kira 10 minit. Mematikan enjin dan periksa sekali lagi tahap minyak menggunakan mencelup stik itu. Akhirnya membuat pemeriksaan bagi apa-apa kebocoran pada drain plug.

Bagaimana untuk melupuskan minyak enjin


Melupuskan minyak enjin ke tanah adalah sangat toksik dan boleh memasuki bekalan air. Ia juga menyalahi undang-undang untuk melupuskan minyak di sampah dan membuang ke longkang. Minyak enjin yang digunakan perlu dilupuskan secara bertanggungjawab dengan mencari tempat mengitar semula.

Menukar palam pencucuh (spark plug)


Sebelum mengeluarkan palam pencucuh lama, memastikan tiada serpihan sekitar ruang yang boleh jatuh ke dalam ruang pencucuhan. Menggunakan jenama spark plug yang berkualiti baik dengan elektrod teras tembaga, masukkan palam sehingga tangan ketat. Terus mengetatkan palam dengan palam pencucuh alat penyingkiran untuk lagi 1/4 1/2 giliran alat yang memastikan bahawa anda tidak lebih-mengetatkan kerana ini boleh menyebabkan kerosakan thread.

Penapis udara


Pemasangan penapis udara baru adalah satu proses yang mudah. Penapis udara perumahan boleh dijamin oleh skru atau hanya klip pada. Penapis udara baru hanya perlu digugurkan masuk

Antibeku (di negara yang sejuk)


Pastikan enjin telah sejuk secukupnya sebelum membuka penutup pada takungan penyejuk. Tangki coolant boleh berada di bawah tekanan dengan air panas mendidih terkandung. Warna cecair harus biru, hijau atau merah jambu bergantung kepada warna bahan antibeku.

Apa-apa perubahan warna atau minyak yang lain di dalam tangki penyejuk perlu disiasat oleh pakar.

Penguji bahan antibeku adalah murah dan mudah untuk digunakan. Ia akan mengandungi arahan mengenai cara untuk menggunakan dan mengekalkan tahap yang betul bahan antibeku.

Periksa penyelenggaraan tambahan


Apabila menukar palam pencucuh, periksa lead bagi mengelakkan kerosakan. Lead yang bagus akan bertahan paling lama hampir 10 tahun.

Timing belt perlu diperiksa untuk tanda-tanda haus dan lusuh. Ini timing belt biasanya tidak perlu ditukar apabila setiap kali servis walaupun dengan menukar timing belt dengan kerap akan mengurangkan risiko kerosakan enjin. Tetapi AWAS!!, jangan ambil mudah dengan penjagaan timing belt ini kerana boleh mengakibatkan kerosakan total pada enjin anda ( beter tukar enjin baru).

Sekiranya saya perkhidmatan kereta saya sendiri?


Jika kereta anda masih mempunyai jaminan pengeluar, jaminan itu mungkin menyatakan bahawa ia mesti servis di seluruh dealer mereka. Yang diservis oleh diri sendiri atau oleh pembekal perkhidmatan yang lain boleh menghilangkan jaminan(warranty) kereta anda.


Ia juga bernilai mengingati bahawa jika anda ingin menyimpan kereta dengan sejarah perkhidmatan, self servis kereta anda, sejarah cap perkhidmatan tidak akan diterbitkan dalam buku perkhidmatan anda.

Isnin, 12 Ogos 2013

Fakta Seorang Jurutera


Fakta menarik mengenai seorang jurutera :

Mata - boleh nampak benda-benda yang tidak kena di sekelilingnyan, walaupun sekecil-kecil kuman. Lagi-lagi apabila terdapat awek yang lawa mesti dialah orang yang pertama nampak.


Telinga - tengah tidur pon akan terbangun dengan sendirinya jika terdapt bunyi-bunyi yang yang meresahkan jiwa, lebih-lebih lagi bila mendengar orang tengah mengumpat.


Hidung - mampu menghidu pelbagai jenis bauan dengan tepat walaupun kentut seorang rakannya.


Tangan - mampu mencilok, mengetuk, memungut dalam pelbagai sudut (360darjah), tidak kira sudut manapun, tibai saja.


Kaki - mampu menampung berat yang berlebihan dan mampu menyelit di celah lorong yang sempit.


Badan - mempunyai badan yang elastik bak ahli gimnastik kerana mampu menyelit di ruang yang tak mampu di selit dan tidak masuk akal.


Otak - mempunyai otak yang cergas, satu pandangan dan beribu jawapan yang dapat diproses oleh seorang jurutera, jangan disuruh fikir benda lain sudah nanti lain jadinya.


And the most great thing about engineer is they never say NO.

cara bezakan kucing dan jin

Cara Membezakan Kucing Sebenar Dengan Kucing Jelmaan Jin!
enter image description here
Petua untuk membezakan kucing sebenar dengan kucing jelmaan jin, perhatikan pada mata kucing tersebut sama ada berkelip atau tidak. Sekiranya berkelip, maka itu adalah kucing sebenar. Jika tidak, itu adalah kucing jelmaan jin. Cara mudah untuk membuatkan mata kucing tersebut berkelip, pegang kepala kucing kemudian garu/usap di bawah leher/tengkuk kucing tersebut. Kucing sebenar pasti akan berkelip matanya sekiranya ia diperlakukan sebegitu, manakala kucing jelmaan jin tetap tidak akan menutup matanya (berkelip).
enter image description here
Ayat tersebut boleh dijadikan sebagai doa pelindung sama ada untuk melindungi diri, keluarga atau harta. Semasa membaca perkataan “sadda” yang bermaksud benteng/dinding, bayangkan perkara yang ingin dilindungi itu dibentengkan oleh benteng yang sangat hebat. Petua ni diambil dari rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 yang membicarakan topik sihir. Beliau merupakan seorang pengamal perubatan Islam.
Selain tu nak kongsi jugak mengenai ciri-ciri kucing jelmaan jin yang dikongsi dalam perbincangan tersebut: Berwarna hitam.
Jika kucing tersebut adalah jelmaan jin, suruh kucing itu keluar dalam cara apa sekalipun.