Isnin, 19 Ogos 2013

Kenapa air mineral lebih mahal dari air minuman?


       Pasti ramai orang di luar sana tidak dapat membezakan antara air minuman (drinking water) dengan air mineral (mineral water). Yang pasti, ramai akan membeli air minuman kerana harganya lebih murah. Ini kerana mereka tidak tahu apa itu air minuman dan apa itu air mineral? Oleh sebab itu, mereka akan lebih tertarik dengan perbezaan harga antara air minuman dan air mineral.







       Tetapi, kepada sesiapapun yang minum air minuman dan air mineral, pasti akan dapat membezakan rasa air tersebut kerana air minuman akan berasa payau sedikit dan berbeza rasa mengikut jenama air tersebut. Apa yang yang terkandung sebenarnya di dalam air minuman dan air mineral dan mengapa terdapat perbezaan? Jadi sila baca penjelasan di bawah.








Air Minuman (Air Suling)

Air minuman bersa sedikit kelat dan payau. Penutupnya pula selalunya berwarna putih sahaja. Jika anda membeli air yang berpenutup putih ini, pastikan di label pada botol air tertulis 'air minuman' atau 'drinking water'. Kebiasaannya, air minuman ini dijual dengan harga yang lebih murah dari air mineral.

   Proses pembuatan air minuman ini pula bermula dari air paip yang disuling. Semasa proses penyulingan, beberapa mineral ditambah ke dalam air minuman tersebut. Setelah proses pembersihan air, mkandunga mineral dan bahan kimia yang ditambah berkurang. Oleh sebab itu, rasa air minuman ini sedikit berlainan.

Air Mineral

Kebanyakkan air mineral yang dijual, rasanya lebih menyegarkan dan baik untuk kesihatan. Dan kebiasaanya, air mineral berpenutup berwarna biru. Ingat, pastikan tertulis air mineral di label botol walaupun berpenutup biru. Lazimnya, harga air mineral lebih mahal sedikit berbanding air minuman.
   
   Berbaloi juga menghabiskan sedikit wang bagi membeli air mineral kerana air mineral lebih bersih dan berkualiti berbanding air minuman. Mengapa? Prose pembuatan air mineral adalah dengan mengepam air mineral semula jadi dari bawah tanah dan melaluli beberapa proses penyulingan dan pembersihan kemudiannya barulah di botolkan. 

Jadi, terserahlah kepada diri masing-masing bagi membuat pilihan la nohh..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan