Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd. (Proton) telah melancarkan kereta model terbaru, Proton Suprima S yang disifatkan sebagai kereta bertaraf global.
Harga jualan atas jalan bagi varian Suprima S Eksekutif diumumkan RM 76,338 manakala varian Premium pula pada harga RM 79,988 untuk Semenanjung Malaysia.
Kereta model baru itu telah dilancarkan oleh Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pusat Konvensyen dan Pameran, Matrade di sini hari ini.
Hari ini, pihak Proton secara rasminya telah pun melancarkan kereta terbaru mereka, dinamakan sebagai Proton Suprima S. Seperti biasa, ia menyertakan beberapa peralatan dan aksesori bersama-sama dengannya, dan salah satunya adalah sistem infotainment berasaskan Android.
Melaluinya, ia menawarkan skrin LCD sebesar 7-inci yang mana digunakan untuk memainkan DVD, selain mana turut dilengkapi dengan sokongan navigasi GPS bersama-sama dengannya.

Ia dikatakan sistem tersebut turut didatangkan dengan sokongan WiFi, membolehkan pengguna menghubungkan telefon pintar atau hotspot dan menggunakannya dalam kereta. Namun, untuk sebab-sebab keselamatan, pemain DVD dan juga pelayaran berasaskan WiFi dikatakan hanya boleh diakses ketika menggunakan handbrake sahaja.
Kami belum berpeluang melihatnya lagi, sekaligus tidak begitu pasti akan berkenaan sistem navigasi GPS yang disertakan bersama-sama Proton Suprima S ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan