Sultan Muhammad Al-Fateh
Biografi
Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthaniyyah pada 29 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404-1451) ibunya Huma Hatun anak perempuan Abdullah dari Hum. Muhammad al-Fateh merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik, dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W. "Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera".
Jasa dan sumbangan
Rencana utama : Kejatuhan Constantinople
Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangan yang dikatakan mendahului pada zaman dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq. Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fateh telah dibina bersebelahan makamnya. Diceritakan bahwa para tentera Sultan Muhammad Al-Fateh tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat rawatib sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al-Fateh sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat meninggal dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan