7 Petua Mudah Kempiskan Perut & Kuruskan Badan Tanpa Ubat! Mudah ke nak kempiskan perut? Ada ke cara dan petua untuk kuruskan badan tanpa makan ubat? Maklumlah, macam-macam ubat kurus badan yang ada di pasaran sekarang sampaikan ada antara kita yang berhabis ratusan mungkin ribuan ringgit untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing lagi menawan macam zaman anak dara atau bujang dulu. Kata orang, kalau nak selesaikan masalah, kenalah tahu apa punca masalah. Jom pakat baca 7 petua mudah untuk kita kempiskan perut dan kuruskan badan tanpa perlu makan ubat. Apa 7 Petua Mudah Untuk Kuruskan Badan dan Kempiskan Perut?
- Minum air masak banyak-banyak. Berapa banyak nak minum? Satu lori tangki? Ada yang kata 8 gelas sehari ataupun paling tidak 2 liter sehari. Banyakkan minum air mineral atau air kosong dan kurangkan minum air manis. Cubalah tengok warna urin anda. Kalau jernih/’slightly’ kuning, oklah tu. Kalau kuning sangat, sila-silalah minum air kosong nohh! InshaaAllah minum air kosong juga boleh sebabkan kita rasa kenyang dan kurangkan nafsu makan. Better try it!
- Kualiti senaman. Tak perlu kita nak beli macam-macam mesin. Kalau ada duit, belilah. Kalau tak, cukup kita berjoging pusing taman perumahan. Jangan malu. Bukan mereka yang nak kuruskan badan. Senaman ringkas-ringkas pun cukuplah. Yang penting, kita tahu jenis senaman (kena tanya mereka yang pakar). Lagi elok kita bersenam setiap hari. Biar kita rasa seronok bila bersenam.
- Tukar snek. Kurangkan makan kek dan coklat sebagai snek utama kita. Ganti dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pandai-pandailah anda ubahsuai buah dan sayur untuk jadi lebih menarik untuk dimakan. Buah apa? Amalkan makan buah epal, betik, belimbing sebelum anda makan makanan utama.
- Ubah cara kita makan. Maksudnya makan perlahan-lahan. Kunyah makanan sampai benar-benar hancur luluh. Mudahkan kerja perut kita untuk hadam. Sebab tu Nabi pesan suruh kunyah 40 kali. Ada hikmahnya kita ikut sunnah Nabi. Kalau makan cepat-cepat, udara boleh terkepung dalam usus. Tu yang jadikan perut kita “buncit angin”.
- Tingkatkan dan kekalkan motivasi. Minda yang aktif dan positif penting untuk kita berjaya kuruskan badan & kempiskan perut. Bacalah pengalaman mereka yang berjaya turunkan berat badan. InshaaAllah kita akan lebih bersemangat untuk bersenam dan ikut jadual pemakanan yang teratur. Kalau orang lain boleh kurus, kenapa tidak kita?
- Kurangkan garam. Banyak makan garam memang banyak mendatangkan masalah pada badan kita. Darah tinggi tu pun satu! Banyak makan garam akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan tubuh dan boleh lambatkan proses air nak keluar dari sel badan.
- Bakar lemak dengan betul. Senaman joging atau main badminton boleh membakar lemak. Jadi elakkan minum air milo dan 100plus. Nanti dah tak berapa berkesan senaman kita tadi.
Untuk tak mengecewakan diri sendiri, petua untuk kuruskan badan dan kempiskan perut ni hanya akan berjaya jika kita disiplin dan kuat iman menahan godaan pelbagai jenis makanan yang super enak dan masyuk yang ada di sekitar kita. Ingat, apa jua jenis petua dan cara, disiplin tetap nombor satu untuk kita berjaya.
7 petua yang anda boleh cuba untuk kempiskan perut dan dapatkan badan yang lebih kurus berbanding sekarang;
As salam admin.
BalasPadamMohon remove/berikan backlink kepada pemilik asal artikel ini utk kebaikan blog tuan dan juga blog saya.
Terima kasih atas kerjasama admin.
Untuk bacaan penuh...boleh terus ke entri asal di sini --> http://www.hafizmohd.com/kesihatan/7-petua-mudah-kempiskan-perut-kuruskan-badan-tanpa-ubat/
BalasPadamteruskan membaca lebih banyak tersebut di laman asal artikel ni di sini --> www.hafizmohd.com
BalasPadam