Cara Menghilangkan Stress
Di sini saya akan memberitahu bagaimana cara-cara bagi menghilangkan stress. Pertama sekali, apa itu stress? Stress adalah tekanan perasaan yang di alami oleh seseorang individu itu yang di akibatkan oleh permasalahan yang berlaku dalam persekitaran individu tersebut. Contohnya, masalah di tempat kerja, rumah, dengan rakan-rakan dan sebagainya.
Baiklah, tanpa bercerita panjang lagi saya akan sertakan beberapa kaedah untuk menangani stress.
- Menyanyi - memang sudah terbukti bahawasanya menyanyi akan dapat mengurangkan stress. Lagi kuat nyanyian lagi kuranglah tekanan yang di alami. Tidak perlu suara yang merdu atau lirik yang betul, hanya luahkan persaan yang terpendam di dalam diri sepuas-puasnya.
- Berehat & tenangkan fikiran - cubalah beristighfarlah (for muslim only) dan berfikir positif. Ambil cuti dan rehatkan minda, lagi bagus jika dapat bercuti ke tempat-tempat yang menenangkan jiwa seperti pantai dan tempat yang aman dan sunyi.
- Ketawa - ketawa juga dapat menghilangkan stress. Bacalah artikel-artikel yang kelakar dan mencuit hati, secara automatiknya kita akan ketawa apabila terbaca bahan bacaan yang lucu.
- Pemakanan - makan dan minum dari sumber yang halal dan bersih. Banyakan meminum air masak atau mineral. Amalkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Tenangkan diri - tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan. Ulang beberapa kali sehingga jiwa berasa tenang.
- Beraktiviti - penuhkan jadual seharian dengan aktiviti-aktiviti yang boleh melupakan masalah seperti berjogging, berbasikal, mengemas rumah, dan lain-lain lagi.
Amalkan lah dan InsyAllah dengan melakukan perkara demikian akan dapat mengurangkan stress dan tekanan perasaan sekaligus akan menimbulkan perasaan gembira dan ceria dalam hati kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan